Teknik lama dengan nafas baru

Membaca dan mengahafz alQuran itu adalah satu amalan yang mulia, memang kita dari kecil sebagai umat Islam memang sudah di dedahkan dengan alQuran supaya satu masa nanti apabila kita sudah bersedia , kita pula akan mendedahkan kepada genarasi yang baru seperti anak anak kita dan mereka akan terus menyebarkan kepada generasi seterusnya supaya Islam akan sentiasa berkembang dengan cara yang betul. Terdapat banyak cara untuk seseorang tu membaca dan juga menghafal ayat ayat alQuran dan terdapat banyak cara nya di Internet yang agak bagus juga untuk di jadikan cara mengikut kesusaian diri. Di sini saya ingin ketengahkan cara saya yang mungkin sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam maklumat bagaimana cara untuk menghafaz dan menghafal alQuran dengan mudah dalam 5 cara secara umum

1. hati dan tenang dan kalau boleh tahu apa maksud di sebalik ayat bahasa arab tu
Hati yang tenang dapat membawa kententeraman dalam jiwa kita yang mana kita dapat buat keputusan yang betul dan wajar dan juga kehusyukan(fokus) dalam apa jua yang kita kerjakan terutamanya solat. Dalam konteks bacaan alQuran pula, ketenangan dapat membantu bacaan kita dan juga cara kita menghafaz yang ketenangan itu akan membuka minda kita untuk menghafaz dengan lebih jelas umpama span yang berupaya menyerap air yang banyak.

2. Tajwid irama dan nahu
AlQuran ialah dalam bahasa arab dan bahasa arab ni kalau salah tajwid(sebutan) nya maka maksud dia akan jadi kurang betul. Contoh hukum tajwid adalah seperti ihfak syafawi, idgham dan sebagainya. Di sini saya tidak akan pergi ke lebih terperinci ke hukum tajwid ni tapi saya cuba tunjukan macam mana tajwid dapat membantu dalam hafazan alQuran kita ini. Tajwid ialah hukum untuk membunyikan dengan betul ayat alQuran, contoh macam berapa panjang kita kena sebut (harakat) dan lain lain lagi, umpama irama ianya akan menjadikan sebutan itu semakin betul dan dalam masa yang sama ianya akan menjadikan sesuatu yang indah didengar dalam caranya yang tersendiri. Irama ini akan dapat membantu kita dengan hafazan apabila kita sudah memahami nya.. dan bila kita mula untuk membuat hafazan, irama ini akan dapat membantu memori kita membuat hafazan seperti mana kita dapat ingat bagaimana suara ayah dan ibu kita. Tone bunyi itu dapat membantu secara kolektif apa yang kita hafal so bila kita hampir terlupa sesuatu ayat hafazan itu, sekiranya kita dan panggil dan recall semula nada bunyi itu, insyaAllah kita dapat tahu apa yang kita hendak atau bakal sebutkan.

3. repition
Hafazan alQuran memerlukan latihan dan juga praktis secara berterusan, konsep yang sama dalam solat iaitu bila kita solat kita baca surah alFatihah, anNas, doa iftitah, doa qunut, yang mana sebab kita dah buat setiap hari memang bila dah besar memang susah nak lupa. Macam juga pendekatan lain dalam kehidupan kalau macam nak hafal sifir 2 sampai 9 , memang tiap tiap hari kena sebut, atau juga bila start kerja tapi mula mula tak tahu buat macam mana, belajar sikit sikit dan teruskan buat setiap masa, jangan putus asa, sampai satu tahap apa yang kita buat dan hafaz tu memang akan kekal dalam diri kita. Perkara ini memerlukan komitmen tapi cubalah sikit sikit dulu, saya selalu buat dalam satu masa cuba 3 kali samada ayat ayat pendek atau panjang dan berhenti sekejap lepas tu cuba lagi 3 kali dan rehat dan seterusnya.. saya ambik konsep ni dari ambik wuduk yang mana setiap anggota memerlukan pengulangan 3 kali. Anda boleh juga cara anda sendiri yang di fikiran sesuai.. insyaAllah amin.


4. waktu
Bacaan alQuran dan hafazan memerlukan waktu yang sesuai seperti waktu kita tengah segar, sihat dan tak sakit dan sebagainya. Mengikut kehidupan seharian kita, seperti belajar dan kerja , waktu pagi ialah waktu permulaan yang paling sesuai yang mana badan kita masih optimal dari tidur dan rehat. Tapi sebenarnya tak kira masa dan waktu, kalau anda fikir waktu tu sesuai, tiada kesalahan untuk di praktikan seperti malam dan sebagainya. Waktu dan masa dapat membantu bila ianya serasi dengan waktu badan kita (internal clock), cuba lah anda mengoptimumkan waktu tu.

5. emosi ,bertaubat ,tenang, kismis madu etc / makanan, keredhaan, waktu terbaik, kawan atau ibu bapa yang support dan membantu/doakan, dekat diri dan percaya apa yang di baca cth : surah albaqarah 9
Emosi ialah perasaan dalam diri kita yang membantu kita dalam kehidupan seharian kita seperti bersemangat nak pergi kerja/sekolah , tahap sensitif diri, tidak putus asa walaupun berulangkali gagal, sedih bila fikir tengok mangsa banjir dan sebagainya sebagai contoh. Kuasa emosi ini juga dapat di gunakan untuk membantu kita dalam melakukan hafazan tetapi kuasa emosi perlu di bentuk dan di latih seupaya ianya dapat kita gunakan bila perlu, perlu dingatkan bahawa emosi ialah suatu tenaga yang amat kuat, sekiranya kita tidak dapat mengawalnya, emosi boleh mengawal kita pula secara sedar atau tidak, di sini saya nak share macam mana cara yang saya dapat tahu sesuai untuk saya yang mana kalau anda rasakan sesuai boleh juga mencubanya

Makanan
Emosi ini di pengaruhi dari hormon dalam badan kita, hormon pula di hasilkan dari badan yang mana kebanyakan hormon datang dari apa yang kita makan, mengikut sunnah makanan yang disyorkan macam kismis, kurma , madu dapat membantu tetapi kalau macam takda takpa.. makananlah makanan berkhasiat yang mana dapat membantu banda anda jadi sihat, bila sihat, minda pun sihat maka emosi anda akan di pengaruhi dengan perasaan diri anda seperti bagaimana anda rasa mengenai diri anda dan bermula dari situ kita boleh mulakan apa sahaja yang kita ingini

Pengaruh di sekitar anda dan keredhaan Ilahi
Ibu bapa , guru guru , sedara mara dan juga kawan kawan adalah faktor terbesar untuk kita bergerak maju ke hadapan, kata kata semangat dan juga doa doa mereka ni akan boost moral kita ke tahap konfiden diri yang tinggi, dan berbekalkan keyakinan diri ini kita boleh berjaya dalam apa yang kita buat. Walaupun begitu , jangan terlalu mengharap pada pengaruh ini sebab ada masa diaorang ni busy atau tak dapat nak komen untuk semangat, jadi kat sini, berserah dan berdoalah selalu... keredhaan adalah perkara utama yang dapat membantu kita meneruskan perjuangan dalam kehidupan kita seharian ini.

Niat
Untuk apa anda menghafaznya? untuk kebangaan ibu bapa? untuk keredhaan dari Ilahi atau lain lain ? Dalam apa jua perkerjaan dan perbuatan sekalipun, niat hendaklah betul, bermula dengan niat yang betul maka kita dah set objektif apa yang kita kena buat untuk mencapai niat yang kita buat awal awal lagi itu. Kalau niat salah, maka susah nak menjadi apa yang diusahakan walaupun kita berjaya sekalipun dengan niat yang salah, memang tak kan tahan lama. Jadi tanyalah diri anda kenapa.. dan bila minda sudah ada niat maka berusahalah bersungguh sungguh ...


Macam mana org di negara arab dapat hafal alQuran?
Ustas saya selalu dulu selalu berkongsi cerita tentang bagaimana kanak kanak di negara arab berjaya menghafal alQuran dari kecil lagi, macam mana mereka menghafal dan dapat melafazkan setiap ayat dengan tepat dan sebutan yang tepat sekali. Pada waktu selepas dengar dari cerita dari ustad saya ni, memang semangat terus berkobar kobar untuk mencuba benda. Bila di fikirkan semula , sebelum tu ada ustad saya memberitahu kenapa alQuran dalam bahasa arab, sebab dia bahasa arab ialah sebab alQuran di turunkan di sana. Oleh kerana bahasa arab tu ialah bahasa alQuran dan dalam masa yang bahasa arab tu sendiri ialah bahasa komunikasi untuk rakyat arab maka mereka ni memang dalam kelebihan untuk menghafaz alQuran kerana memang bahasa percakapan seharian mereka sendiri, jadi mereka sudah ada pemahaman dari awal lagi, walaupun begitu untuk menghafaz satu alQuran memerlukan displin. Umpama kita , walaupun cakap bahasa Malaysia tetapi kalau exam still ada juga antara kita yang terjawab soalan dan jawapan nya salah. Praktis dan latihan di perlukan setiap masa dan juga komitmen.
Jadi kalau macam anda tak dapat menghafaz satu alQuran dan jika anda bandingkan diri anda dengan arab kenapa diaorang boleh kita tak boleh.. ingatlah bahawa diaorg orang arab dan alQuran pun bahasa arab, diaorang memang ada advantage dari awal lagi.. so cuba lagi jangan give up ya..